Bola Jaring Glorious Tun Habab Johan

Pasukan bola jaring bawah 15 tahun mara ke peringkat akhir apabila berjaya mengalahkan lawan SMK Taman Seri Saujana. Kejohanan Bola Jaring MSSD Kota Tinggi yang yang diadakan pada 6 – 7 Mei 2018 ini telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (RAMSAU) Bandar Penawar. SMK Tun Habab menjadi johan bawah 15 tahun apabila berjaya menumpaskan SMK Air Tawar dengan jaringan 20-10. Selain itu, SMK Tun Habab turut membolot hadiah bagi beberapa kategori iaitu penyerang terbaik – Nur Fariza Jasmani (1 Sina), penghadang terbaik – Nuranisa Safiya Mohd Faizul (1 Jauzi), Penjaring terbanyak – Nurina Eizzati Ezmi (3 jauzi) dan pemain tebaik keseluruhan – Nurul Najwa Kamsani ( 1 jauzi). Tahniah kepada pengurus, jurulatih dan pemain.

Leave a Reply: