Program Mahabbah

Pada 26 September 2019, cikgu Hamaliah binti Ariffin (GPK Hal Ehwal Murid) dan ustazah Norhidayah binti Amdan telah mengunjungi rumah penghuni Asrama Pusat Kota Tinggi, Nurhaizatul Hanis bt Asram. Kunjungan adalah untuk menyampaikan sumbangan daripada warga Glorious Tun Habab atas pemergian ayahanda yang dikasihinya. Semoga Nurhaizatul Hanis dan keluarga tabah menerima dugaan dan moga kunjungan ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim pihak sekolah dengan keluarga pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *