Program Kami Prihatin

Program Kami Prihatin yang dikelolakan oleh Unit Hal Ehwal Murid telah mngumpulkan sumbangan kepada 3 orang pelajar SMK Tun Habab yang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan susulan. Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Muhammad Ishbad Haikal bin Zainuddin (3 Ibnu Sina), Fatin Syakirah binti Rahmat (3 Ibnu Khaldun) dan Nur Shazwani binti Rohama (4 Al Khindi) di pejabatnya dengan disaksikan oleh cikgu Hamaliah binti Ariffin (GPK Hal Ehwal Murid) dan Ustazah Norhidayah binti Amdan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga Tun Habab atas sumbangan yang diberikan. Semoga kalian dilimpahi rezeki yang lebih luas dan diberi kesihatan yang baik . Didoakan kepada pelajar yang menerima sumbangan semoga Allah memberi kesembuhan dan dapat belajar seperti rakan – rakan yang lain .

Nur Shazwani menjalani pembedahan membuang ketumbuhan
Fatin Syakirah mengalami masalah kesihatan tulang belakang
Muhammad Ishbad Haikal patah kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *