Peperiksaan PT3 2019

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah bermula pada 1 Oktober 2019 dan akan tamat pada 9 Oktober 2019. Lihat jadual peperiksaan PT3.

Semua warga SMK Tun Habab mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PT3 Glorious Tun Habab.

Petua untuk ibu bapa calon PT3. Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang menghadapi peperiksaan PT3. Pertama : Bacalah Allahumma 1x. Ya Alim Ya Hakim. Ya Roshid. 40x. Bicara hati: “Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik”. 1x

Kedua : Bacalah Allahumma 1x. Ya Zohir 40x. Bicara hati: “Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan”. 1x.

Ketiga : Bacalah Allahumma 1x. Ya Fatah 40x. Bicara hati: “Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul”. 1x

Keempat : Bacalah Allahumma 1x. Ya Baari’. 40x. Bicara hati: “Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini”. 1x.

“Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dengan pimpinanmu,Ya Hadi. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja, Ya Allah.. Aku tiada daya. 1x. Ulang dan ulang.

Kalau anak sedang periksa 1 jam, maka berzikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak berwudhuk semasa ke sekolah. Ibu dan bapa digalakkan beristighfar juga sepanjang peperiksaan ini. Mudah-mudahan perkongsian ini dirahmati Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *