AWAL PERSEKOLAHAN 2018

2 weeks ago SMK Tun Habab 0

Pada 1 Januari 2018 telah bermulanya sesi persekolahan pada tahun 2018. Tepat jam 7.20 pagi perhimpunan rasmi yang pertama pada tahun 2018 telah diadakan di Dewan Seri Tun Habab dengan dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya adalah taklimat dan ucapan alu-aluan pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil. Beliau mengucapkan tahniah atas beberapa kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2017 dan turut menerangkan hala tuju Glorious Tun Habab pada tahun 2018.

Semoga pada tahun 2018 ini, SMK Tun Habab dapat meneruskan kecemerlangan  dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Encik Zakaria bin Abd. Jalil menerangkan tentang hala tuju SMK Tun Habab pada tahun 2018

#Sumber gambar daripada Unit ICT