Anak Suria Terus Mengungguli

Beberapa pertandingan perlumbaan basikal telah diadakan di peringkat kebangsaan yang disertai oleh pelajar-pelajar SMK Tun Habab. Pada pertandingan Cycling Junior Malaysia yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai Negeri Sembilan dimana M. Faheem Razen telah memungut 1 emas dan 1 perak manakala Ahmad Irfan pula mendapat 1 perak. Seterusnya, pada pertandingan lumba basikan yang dianjurkan oleh CIMB, M. Faheem Razen hanya mendapat tempat kedua. Walaubagaimanapun, M. Faheem sangat berbangga kerana dapat berjumpa dengan idolanya, pelumba basikal negara yang dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman, Mohd Azizulhasni bin Awang. Semoga selepas ini, Mohd Faheem juga bakal bergelar pelumba basikal negara pada suatu hari nanti. Tahniah!

Leave a Reply: