Majlis Semesra Pertemuan Seteguh Ikatan Seindah Kenangan

Pada 3 Oktober 2019 yang lalu, Pengurusan Tingkatan 6 SMK Tun Habab telah mengadakan Majlis Semesra Pertemuan Seteguh Ikatan Seindah Kenangan di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram.

Majlis ini bertujuan kepada untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 Semester 3 STPM 2019 yang tamat pembelajaran bagi sesi 2018/2019. Turut diberi penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dalam akademik, penglibatan dalam kokurikulum dan juga penghargaan kepada guru-guru tingkatan 6 atas pencapaian akademik apabila dapat mencapai 3.12 dalam STPM 2018. Sijil disampaikan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, cikgu Husna binti Abd. Hadi.

Usai majlis menyampaikan penghargaan dan sumbangan, majlis diteruskan dengan jamuan minum petang bertemakan A Denim Day To Remember. Pelbagai persembahan telah disusun oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 2019/2020 bagi memeriahkan jamuan teh ini.

Tahniah kepada semua guru dan pelajar tingkatan 6. Moga majlis seperti ini diteruskan lagi untuk merapatkan silaturrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *