Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al Quran telah berlangsung pada 22 Mei 2019 di Dewan Seri Tun Habab yang dianjurkan oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS). Beberapa orang pelajar lelaki daripada tingkatan 3 hingga 6 telah membaca Al Quran menandakan selesainya program tadarus Al Quran di sekolah. Melalui program seperti ini dapat membentuk peribadi pelajar yang mencintai Al Quran dengan pembacaan dan penghayatan yang bukan sahaja dalam bulan Ramadhan, bahkan pada bulan-bulan seterusnya.  Majlis diteruskan dengan ceramah Kasih Ramadhan oleh Ustaz Mohd Fairuz bin Ali Akbar yang bertajuk Nuzul Al Quran dan Amalan Lailatul Qadar. Persembahan nasyid Al I’tiraf turut mewarnai majlis khatam Al Quran dan pengagihan bubur lambuk mengakhiri program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *