Karnival Kokurikulum dan Hari Keusahawanan Meriah

Karnival Kokurikulum dan Hari Keusahawanan pada tahun ini disambut meriah. Program dua hari ini telah berlangsung pada 27 dan 28 September 2019. Pelbagai program telah disusun oleh kelab/persatuan, sukan/permainan dan badan beruniform. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti memanah, futsal, golf, rumah hantu, pertandingan Beyblade, Karaoke, E-Sport : PUBG, Supa Dupa dan gerai jualan.

Malam Gala Kokurikulum Anugerah Kemerlangan Kokurikulum 2018-2019 adalah kemuncak acara Karnival Kokurikulum dan Hari Keusahawanan apabila semua guru dan pelajar yang telah mengharumkan nama SMK Tun Habab di persada negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa diberi penghargaan. Bertemakan warna hitam dan putih, semua guru dan pelajar kelihatan tampan, kemas, cantik dan bergaya dengan busana masing-masing.

Tokoh Cemerlang Kokurikulum telah dianugerahkan kepada Abd. Hadi bin Abd. Rahman daripada Duta Penggerak Digital dan Mohd Daniel bin Misni daripada Kelab Pelancongan Tingkatan 6 menerima plak dan sijil daripada Encik Zamri bin Safri, Pegawai Pembangunan dan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Manakala Muhammad Hassan bin Abd. Razak dipilih sebagai Tokoh Cemerlang Sukan dan Muhammad Shah Adam bin Abd. Khalid dipilih sebagai Anugerah Tokoh Sanjungan Kehormat.

Turut diberi penghargaan ialah agensi luar dan individu yang memberikan sumbangan dan kerjasama dengan pihak sekolah dalam pelbagai bidang. Tahniah dans etinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa Kerja Karnival Kokurikulum dan Hari Keusahawanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *