SMK Tun Habab Johan Forum, Pantun dan Syair

Majlis Penutupan Karnival Perpaduan Daerah Kota Tinggi telah meninggalkan kenangan manis buat kontinjen SMK Tun Habab yang telah memenangi tempat pertama bagi kategori forum, syair dan pantun. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan dari SMK Tun Habab yang mengungguli sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi dalam Karnival Perpaduan 2017. Majlis penutup Karnival Perpaduan Daerah Kota Tinggi ini telah dilaksanakan di SJK(C) New Kota. pada 7 Mei 2017. Terima kasih atas komitmen dan kesungguhan para peserta yang tidak berbelah bahagi dalam pertandingan ini dan juga guru-guru pembimbingnya.  Peserta forum yang mewakili daerah Kota Tinggi ke peringkat negeri yang dijangkakan dalam Julai nnati ialah Mohd Nazri bin Azmi, Siti Aishah binti Mohd Ma’mon, Nur Anis Suraya binti Johari, Syahnaz Khanum binti Anuar Ahmad dan Nurzawana binti Abd Razak.

Pencapaian pasukan SMK Tun Habab :
1. Johan Pantun
i) Pemantun Terbaik – Danisha
2. Johan Forum
i) Pengerusi Terbaik -Siti Aishah binti Mohd Ma’mon
ii) Panel Terbaik – Mohd Nazri bin Azmi
3. Johan Syair – Faradiana
4. Naib Johan Sajak – Aqila

 

photo_2017-05-08_07-51-11

Pasukan forum Bahasa Melayu bersama guru pembimbing, Puan Norazlina
photo_2017-05-08_07-51-56
Pasukan pantun yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 bersama guru-guru pembimbing

photo_2017-05-08_07-51-53 photo_2017-05-08_07-51-49 photo_2017-05-08_07-51-47 photo_2017-05-08_07-51-43 photo_2017-05-08_07-51-40 photo_2017-05-08_07-51-37 photo_2017-05-08_07-51-34 photo_2017-05-08_07-51-31photo_2017-05-08_07-51-59

#Sumber gambar dan berita daripada saudara Mohd Nazri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *