Prauniversiti : Suntikan Motivasi daripada Profesor UTM

Pada 13 Jun yang lalu, pensyarah daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai telah hadir ke SMK Tun Habab. Beliau hadir atas tujuan lain, namun pada kesempatan itu beliau dapat meluangkan sedikit masa dengan memberikan motivasi kepada calon STPM 2017 aliran sains. Beliau yang dimaksudkan ialah Profesor Madya Dr. Ong Teck Keong yang merupakan pensyarah bagi bidang Matematik di UTM. Terima kasih kepada cikgu Boopathy kerana telah menjemput beliau untuk bersama-sama dengan pelajar prauniversiti.

DSC_0290
Prof. Madya Dr. Ong Teck Lee, masih terserlah sebagai seorang guru walaupun beliau merupakan seorang pensyarah
DSC_0292
Pelajar aliran sains tekun mendengar pesanan
DSC_0288
Profesor menceritakan pengalaman beliau semasa di salah sebuah universiti terbaik di Asia Tenggara iaitu Institut Teknologi Bandung, Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *