Hari Pertama Sesi Persekolahan 2017

Selamat Datang! Ungkapan aluan daripada pengetua SMK Tun Habab, Encik Anuar b Sukiran kepada semua pelajar yang hadir pada hari pertama persekolahan di SMK Tun Habab. Perhimpunan rasmi bagi tahun 2017 ini turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan beberapa orang pegawai polis bahagian perhubungan sekolah.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu sekolah Anak Suria dan lagu Sekolah Bestari Jiwa dan Minda dengan penuh semangat oleh para pelajar. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengetua dan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku. Tahniah kepada pengawas-pengawas yang bertugas kerana dapat mengendalikan perhimpunan pertama dengan lancar dibawah kendalian Ustazah Norhafizah bt Ismail.

photo_2017-01-01_15-24-57
Guru bertugas menyambut kehadiran pelajar pada setiap pagi
photo_2017-01-01_15-25-44
Ucapan aluan daripada pengetua untuk sesi persekolahan 2017
photo_2017-01-01_15-25-24
Pegawai daripada jabatan Pendidikan Negeri Johor turut hadir dalam perhimpunan rasmi

photo_2017-01-01_15-25-19  photo_2017-01-01_15-25-27 photo_2017-01-01_15-25-31 photo_2017-01-01_15-25-35 photo_2017-01-01_15-25-37 photo_2017-01-01_15-25-47

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *