SMK Tun Habab Johan Sekolah Bestari Peringkat Negeri Johor 2018


SMK Tun Habab sekali lagi dipilih sebagai Johan Sekolah Bestari pada pertandingan Anugerah Pembestarian Sekolah kategori Sekolah Bestari peringkat negeri Johor bagi tahun 2018. Pemantauan telah dijalankan oleh pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPN) pada 6 Ogos 2018. Pada sesi penilaian tersebut, pengetua SMK Tun Habab iaitu Encik Zakaria bin Abd. Jalil telah membentangkan pengenalan dan hala tuju SMK Tun Habab dalam konteks Sekolah Bestari Cemerlang. Semoga SMK Tun Habab berjaya menduduki tempat pertama di peringkat kebangsaan. Tahniah kepada semua warga SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *