SMK TUN HABAB TERIMA ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2017

4 weeks ago SMK Tun Habab 0

Pada tahun 2017, SMK Tun Habab menerima pengiktirafan yang besar  daripada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila menerima sijil dan cenderamata bagi tempat keempat bagi kategori Sekolah Bestari.  Pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil dan Puan Noorazlizawatie binti Ahmad (Guru Penyelaras Bestari) menerima sijil dan cenderamata daripada Timbalan Menteri Pendidikan II, YB Senator Datuk Chong Sin Woon pada Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah yang bertempat di Auditorium BTP, Persiaran Bukit Kiara pada 21 November 2017. Lebih manis kerana majlis ini turut disertai oleh Briged Bestari SMK Tun Habab yang sekarang dikenali sebagai Duta Penggerak Digital. Seluruh warga mengucapkan tahniah dan semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan.

Barisan guru-guru daripada Unit ICT

#Sumber daripada Unit ICT