Sekolah Kluster Kecemerlangan

SMK Tun Habab telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 pada tahun 2014 dengan kebitaraan Bahasa Melayu dan Kriket. Usaha menyiapkan kertas kerja SKK telah dimulakan selama tahun iaitu pada tahun 2012 dan 2013 dibawah seliaan Pn. Hjh. Syarifah Zainon binti Syed Lani (PK Pentadbiran pada ketika itu).  Usaha yang berterusan ini mendapat sokongan padu daripada pengetua pada masa itu iaitu Tn. Hj. Mustafa bin Sani.

siap-siaga-ke-arah-skk-3-728 sekolah-kluster-5-638

Jawatankuasa SKK telah diwujudkan bagi menguruskan semua aktiviti dan kewangan yang diketuai oleh Cik Hjh Radiah binti Suliman (mantan pengetua sekarang) dan masih diteruskan sehingga sekarang oleh pengetua yang baru (mulai 16 Februari 2017), Encik Zakaria bin Abd. Jalil.

Sila layari, https://formatskk.blogspot.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini SKK.