PROGRAM ANAKKU SAYANG

4 years ago SMK Tun Habab 0

PROGRAM ANAKKU SAYANG

Program Anakku Sayang telah diadakan di SMK Tun Habab pada 24 Julai bagi pelajar terpilih STPM dan 31 Julai bagi pelajar terpilih PMR dan SPM. Program ini diadakan di Dewan Saujana. Majilis ini turut dihadiri oleh ibu bapa atau penjaga pelajar. Program Anakku Sayang ini bertujuan untuk memastikan kejayaan cemerlang para pelajar dalam bidang akademik dengan sokongan dan dorongan ibu bapa, sekolah dan masyarakat.

Bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM, pelajar yang terpilih ialah pelajar yang mendapat PNGK 1.5 ke bawah dalam peperiksaan penggal 2 manakala bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM, pelajar yang terpilih ialah pelajar yang mendapat keputusan gagal dalam satu atau lebih matapelajaran dalam peperiksaan pertengahan tahun.

Program Anakku Sayang ini sesungguhnya dapat memberikan motivasi dan semangat kepada para pelajar supaya mereka tidak mudah berputus asa dalam pelajaran dan sentiasa berusaha untuk memperoleh keputusan yang lebih baik untuk kejayaan pada masa hadapan.


DSC_0049

DSC_0091

DSC_0108