Pertandingan Kuiz Sejarah Peringkat Negeri Johor

5 months ago SMK Tun Habab 0

Pada 30 Julai 2017, SMK Tun Habab dengan kerjasama PPD Kota Tinggi telah diberi penghormatan sebagai lokasi pertandingan Kuiz Sejarah peringkat negeri Johor. Pertandingan yang bermula jam 8.30 pagi ini dihadiri oleh beberapa buah sekolah dari seluruh pelusuk negeri Johor. Dalam pertandingan tersebut, pasukan Kota tinggi telah mencatat beberapa kejayaan :

  1. Johan kategori kuiz menengah rendah
  2. Naib Johan kategori kuiz menengah atas
  3. Tempat ke 5 kategori kuiz menengah rendah

Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Terima kasih kepada panitia Sejarah SMK Tun Habab yang telah membantu menyiapkan tempat untuk pertandingan kuiz Sejarah peringkat negeri Johor.

#Sumber gambar daripada cikgu Ulul Azmi dan En. Azman