Selamat Bersara Cikgu Aidah!

Ucapan selamat bersara daripada seluruh warga Glorious Tun Habab kepada cikgu Aidah binti Kamarudin. Beliau mula bersara sebagai penjawat awam pada 1 Disember 2019.

Sesi Log Out telah diadakan pada jam 1.10 tengah hari di lobi SMK Tun Habab kerana meraikan persaraan beliau. Ditemani oleh tuan pengetua, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, barisan guru-guru dan anak-anak murid, beliau menaip kata laluan untuk keluar daripada sistem kehadiran rasmi menggunakan komputer.

Beliau yang mengajar bahasa omputeh menyifatkan persaraan ini amat menggembirakan kerana beliau ingin melancong bersama suami (yang juga telah bersara) dan anak untuk melihat dunia ciptaan Ilahi.

Selamat bersara cikgu Aidah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *