Majlis Haruman Budi, Mewangi di Hati

Tuan Haji Md. Buang menyampaikan sumbangan kepada cikgu Zakaria bin Abd. Jalil

Pada 21 Januari 2020, SMK Tun Habab menerima kunjungan mesra daripada bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Md. Buang bin Saibani.  Tuan Haji Md. Buang yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Johor adalah dalam Program Lawatan Kerja ke Kota Tinggi ke sekolah-sekolah yang pernah menerima khidmat beliau sebagai guru dan pentadbir sekolah.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada pihak sekolah. Pada kunjungan ini, beliau telah dijemputkan untuk menanam Pokok Limau Sunkist Taiwan atau Citrus Sinensis. Selain itu, beliau juga turut dibawa melawat sekitar sekolah dan Glorious Cafe sebelum menyambung lawatan ke lokasi lain.

Turut sama mengiringi Tuan Haji Md. Buang ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Fadhil bin Ishak, Encik Zayadi, Encik Samsudin, Encik Zamri,  Encik Sahri, Encik Hairizan, Tuan Haji Mohd Azhar, Encik Wanidi dan Tuan Haji Azazlan.

Hadir sama dalam program ini ialah dua orang pegawai SIP, Encik Azman dan Tuan Haji Azali dan Puan Mahnita binti Ahmad (SISC+). Terima Kasih dan Selamat Bersara Tuan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *