Lawatan Penanda Aras Sekolah Bestari

Pada 23 Jun 2019, SMK Tun Habab menerima lawatan penanda aras pembestarian sekolah daripada guru-guru sekitar daerah Kota Tinggi dan 33 orang guru dari SK Lok Heng Selatan. Turut hadir ke SMK Tun Habab ialah pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor iaitu Puan Haslinda binti Hassan. Tujuan lawatan adalah untuk melihat persekitaran pembestarian sekolah yang ada di SMK Tun Habab untuk dijadikan panduan dan dilaksanakan di sekolah mereka. Sesuai dengan status SMK Tun Habab sebagai naib johan Sekolah Bestari kategori Sekolah Menengah peringkat kebangsaan pada tahun 2018. Program dimulakan dengan persembahan muzik menggunakan Tab oleh kumpulan Golden TeensĀ semasa tetamu menikmati minum petang . Kemudian diteruskan dengan bacaan doa dan ucaptama dari cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang merupakan pengetua SMK Tun Habab. Para tetamu melihat pameran dan demonstrasi oleh Duta Penggerak Digital dalam pelbagai bidang seperti persembahanĀ  koleksi video, demonstrasi pasukan inovasi, robotik, produk-produk yang dihasilkan dalam bentuk cetakan dan visualiser buatan sendiri oleh cikgu Firdaus dan persembahan dron. Tetamu juga dibawa melawat ke bilik operasi IT Enterprise, Glorious Cafe dan Pusat Fisioterapi sekolah. Semoga ini akan memberi manfaat dan suntikan semangan kepada sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *