Budi Mekar Seindah Pertemuan Seindah Kasih Lahirkan Sayang

Pada hari Ahad ( 6 Mac 2016) yang lalu, Asrama Pusat Kota Tinggi telah mengadakan majlis Budi Mekar Seindah Pertemuan Seindah Kasih Lahirkan Sayang. Majlis berkembar ini meraikan persandingan warden asrama, Encik Ulul Azmi dan pasangannya, Timbalan Penguasa Asrama yang baru, Puan Juriah bt Jaafar dan mengenang jasa Encik Ghazali b Shahran yang berpindah ke SMK Bandar. Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi dengan diwakili oleh Tuan Haji Zulkifli Mohamed turut hadir sama dalam majlis tersebut. Semua tetamu dan pelajar hadir memeriahkan majlis dengan pakaian yang bertemakan Bollywood.

Terima kasih tuan kerana sudi hadir ke majlis kami!

photo_2016-03-08_10-14-56

Persembahan tarian Bollywood daripada Matahari Dance

photo_2016-03-08_10-11-13

Tuan pengetua menepung tawar Encik Ulul Azmi dan pasangannya

photo_2016-03-08_10-13-58

En. Ghazali turut menyampaikan hadiah kepada pasangan pengantin baru

photo_2016-03-08_10-14-12

Acara potong kek oleh penguasa, timbalan dan pelajar-pelajar asrama yang menyambut hari lahir pada bulan Mac

photo_2016-03-08_10-14-27

Jawatankuasa bergambar dengan Encik Ghazali dan pengantin baru, Encik Ulul Azmi

photo_2016-03-08_10-14-38

Bertuahnya! penguasa asrama suapkan kek

photo_2016-03-08_10-14-43

Pengacara turut tidak ketinggalan berpakaian glamor, bertema Bollywood

Gambar ihsan Puan Ku Sunira bt Ku Johari