Majlis Penutupan Minggu Orientasi Tingkatan 6 Rendah

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Orientasi Tingkatan 6 Rendah telah diadakan pada 11 Mei 2017 di Dewan Tun Sri Lanang. Majlis Penutupan ini telah dirasmikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil. Beliau mengharapkan agar pelajar-pelajar prauniversiti belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat ke universiti di peringkat ijazah dan pada masa yang sama aktif dan mempunyai keyakinan yang tinggi sebagai pemimpin. Disamping itu pelajar perlu berusaha untuk menimba ilmu, menghormati dan tidak mengecewakan harapan guru-guru tingkatan 6.

photo_2017-05-11_11-55-34

Guru-guru tingkatan 6 bergambar dengan pentadbir SMK Tun Habab

Sepanjang Minggu Orientasi pelajar telah didedahkan dengan input atau taklimat berkaitan dengan mata pelajaran yang ditawarkan di SMK Tun Habab oleh ketua-ketua unit masing-masing.

photo_2017-05-02_09-47-32

Pengetua bersama AJK bertugasa semasa pendaftaran pelajar baru tingkatan 6 Rendah

photo_2017-05-02_09-47-37

Pelajar 6 Atas yang turut membantu guru semasa pendaftaran baru pelajar tingkatan 6 Rendah

photo_2017-05-02_09-47-26 photo_2017-05-02_09-47-27 photo_2017-05-02_09-47-28 photo_2017-05-02_09-47-29 photo_2017-05-02_09-47-35-2 photo_2017-05-02_09-47-35 photo_2017-05-02_09-47-36

#Sumber gambar daripada Puan Vasanthi