Selamat Datang Ke Sesi Persekolahan 2020

Sesi persekolahan 2002 telah bermula pada 1 Januari 2020. Perhimpunan rasmi yang pertama bermula jam 7.15 pagi ynag duruskan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6). Turut hadir pada perhimpunan rasmi ini ialah Penolong Pegawai Pendidikan Kota Tinggi, Encik Roslan bin Mohd Noh. 

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Diikuti dengan bacaan doa dan ucapan daripada cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab.  Pada perhimpunan rasmi pertama ini juga, tuan pengetua telah menjemput Encik Roslan untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Norzita binti Yunos, Penolong Kanan Kokurikulum kerana pelbagai kejayaan yang diraih oleh warga Glorious Tun Habab dalam bidang kokurikulum. Seterusnya ucapan ringkas daripada Encik Roslan dan perhimpunan tamat dengan nyanyian lagu Anak Suria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *