Pelancaran Amalan Sekolah Penyayang

Pelancaran Amalan Sekolah Penyayang telah diadakan pada 5 Januari 2020 di Dewan Seri Tun Habab. Pelancaran program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid telah dirasmikan oleh cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab. 

Sejurus sahaja program ini dilancarkan, pelajar-pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan Januari 2020 telah dijemput untuk meraikannya bersama guru-guru yang juga menyambut hari lahir pada bulan ini.

Tahniah! Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *