Program Perkongsian Pintar Kolaborasi Glorious Estrella Bersama Pengerang Integrated Complex (PIC)

Peserta-peserta All About Youth (AAY) SMK Tun Habab telah mengadakan lawatan ke Kompleks Bersepadu Pengerang atau Pengerang Integrated Complex (PIC) pada 23 Oktober 2019.

Terima kasih kepada Petronas kerana sudi menjemput peserta AAY, unit ICT dan barisan pentadbir Glorious Tun Habab untuk melawat sekitar kawasan PIC. Program dimulakan dengan sarapan pagi dan taklimat daripada Encik Asrul Affendie Bin Hasnul (Head Office, Stakeholder Management). Pasukan AAY yang diberi nama Glorious Estrella yang diketuai oleh saudara Amir Hariz bin Mashuri telah diberi penghormatan untuk membentangkan inovasi mereka iaitu penyaman udara mudah alih, Peltz. Alhamdulillah, mendapat respon yang baik daripada jurutera Petronas, IR Abudhahir bin Saifuddin (Senior Engineer) dan Encik Kam Wye Long (Consruction Supervisor) yang turut membantu dan memberi komen yang positif. Ini sangat membantu Glorious Estrella pada pusingan Chairman Circle pada bulanNovember nanti.

Sebelum menamatkan lawatan, semua ahli rombongan telah dibawa melawat kawasan sekitar PIC dengan bas yang disediakan dan penerangan oleh Puan Zuliza binti Zaryadi dan Encik M. Qhairul Firdaus daripada Stakeholder Management Department. Kemudian menikmati makan tengah hari bersama-sama pekerja-pekerja yang berada di sekitar PIC.

Terima kasih Petronas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *