Perbincangan Karnival ICT Peringkat kebangsaan

Unit ICT SMK Tun Habab telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 5 Februari 2020 di Glorious Cafe SMK Tun Habab. Perbincangan lebih tertumpu kepada penambahbaikan dan pembentukan Ahli Jawatankuasa Kertas Kerja Karnival ICT peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mac nanti.

Pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil turut sama dalam sesi perbincangan ini  bersama-sama dalam perbincangan ialah Encik Isfandi Adi bin Ahmad (Sektor Pembangunan Murid (Bakat Murid, JPNJ), Encik Hairil Fitri dan Encik Mohd Roselan (Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPNJ) dan Encik Zamzure (Unit Sumber Teknologi Pendidikan, Sektor Pembelajaran PPD Kota Tinggi). 

Hadir sama cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad (Guru Penyelaras Bestari), cikgu Linda binti Minhat (GKMP Teknik dan Vokasional), cikgu Mohd Radzi (PK Pentadbiran) dan  Duta Penggerak Digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *