Pembentangan Kertas Kerja

Unit ICT dan Duta Penggerak Digital telah membentangkan kertas kerja memohon tajaan untuk menyediakan prasarana dan bengkel/kursus kemahiran ICT kepada Duta Penggerak Digital bagi tahun 2020.

Pembentangan dipengerusikan oleh Encik Norazman bin Othman, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bertempat di Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Bandar Penawar. Tahniah kepada saudara Muhammad Haziq, saudara Mohd Aiman danĀ  saudara Abd. Hadi kerana telah berjaya membentangkan kertas kerja.

Usai pembentangan, sesi soal jawab dan perbincangan perkara-perkara bersama Encik Norazman dan pegawai-pegawai yang turut hadir iaitu Encik Azrul (Pegawai Tugas-Tugas Khas) dan Encik Sheikh Khaizahri (Pegawai Pembangunan Sosial dan Desa).

Semoga pembentangan kertas kerjaya ini berjaya mendapat tajaan daripada pihak KEJORA bagi melancarkan lagi pelbagai program Duta Penggerak Digital pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *