Muhammad Amir Hariz Menang Anugerah Remaja Terbaik 2019

Tahniah kepada pasukan Glorious Estrella kerana telah berjaya ke peringkat akhir Chairman Circle 2019 iaitu kesinambungan daripada All About Youth 2019 yang lalu. Walaupun gagal mendpat johan pada pusingan tersebut, namun SMK Tun Habab sangat berbangga kerana Ketua Projek Peltz iaitu saudara Muhammad Amir Hariz bin Mashuri telah dinobatkan sebagai Anugerah Remaja Terbaik 2019 (Best Youth 2019). Lebih manis lagi, beliau adalah pemenang edisi pertama Anugerah Remaja Terbaik bagi Chairman Circle 2019 yang julung kali diadakan pada tahun 2019 yang dianjurkankan oleh Yayasan Petronas.

Tahniah kepada guru pembimbing dan ahli pasukan Glorious Estrella. Walaupun tewas kepada SMK Riam dari Sarawak, ia akan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus menonjolkan potensi diri ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

Turut mengiringi pasukan Glorious Estrella ialah cikgu Zakarian bin Abd. Jalil (pengetua SMK Tun Habab) dan guru pembimbing, cikgu Mohd Nor Akmal dan pegawai RAPID Pengerang, Encik Mohd Hakim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *