Kerjasama Unit ICT dan Kejora

Pertemuan Unit ICT dan pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah diadakan pada 3 Februari 2020 di pejabat mereka. Perbincangan adalah bertujuan untuk mengadakan Pertandingan E-Sport peringkat negeri Johor bagi kategori Sekolah Menengah. Unit ICT SMK Tun Habab diwakili oleh cikgu Noorazlizawatie binti Ahmad (Guru Penyelaras Bestari), Encik Mohd Firdauz bin Sayed (Penyelaras E-Sport) dan Encik Sheikh Khayulzahri bin Sheikh A. Raof (Pengurus Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa).

Terima kasih kepada pihak KEJORA kerana sudi untuk bekerjasama merealisasikan Glorious Tun Habab untuk mengadakan E-SportĀ  bagi menonjolkan bakat dan potensi pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *