Glorious Tun Habab Johan Robotik


Sempena Pesta Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke 62, Pertandingan Robotik telah diadakan pada 27 April 2019. SMK Tun Habab turut menghantar dua buah pasukan yang bertanding menggunakan robot Tuah. Sememangnya robot Tuah memang memberi TUAH kepada pasukan Glorious Tun Habab 1 apabila muncul sebagai johan manakala pasukan Glorious Tun Habab 2 berada pada tangga keenam. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan peserta Duta Penggerak Digital yang mewakili SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *