Duta Penggerak Digital Jayakan Karnival Usahawan

Pada 10 November 2019, Duta Penggerak Digital (DPD) SMK Tun Habab telah dijemput untuk mengadakan pameran di SK Semangar sempena Karnival Usahawan. Unti ICT dengan bantuan DPD telah mengadakan pameran Robotik dan mendapat sambutan dari kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Mereka turut teruja dengan demonstrasi dron oleh DPD di halaman sekolah tersebut.

Pelajar-pelajar turut diberi peluang merasai pengalaman bermain bola menggunakan robot, bermain scrabble menggunakan robot, menggunakan Rero Robot untuk aktiviti tracer dan merasai pengalaman menggunakan Realiti Maya.

Tahniah kepada Unit ICT dan Duta Penggerak Digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *