Bengkel Johor Camp2Build Programme


Seramai 10 orang pelajar SMK Tun Habab yang terdiri daripada Duta Penggerak Digital telah menghadiri Johor Camp2Build Programme di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPN). Program selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 April 2019 bertujuan untuk mengembangkan potensi kepada pelajar yang berkecenderungan tinggi terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan proses kemenjadian murid bagi konsep Sekolah Bestari. Program ini adalah merupakan kerjasama di antara BTPN Johor dan rakan sinergi Creative Minds. Bengkel ini telah dibahagikan kepada tiga iaitu Robotik, Web Based Coding dan Visual Basic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *