Guru Terima Telefon Pintar

Pada 11 Mac 2017 yang lalu, semua guru SMK Tun Habab telah menerima sebuah telefon pintar. Telefon pintar berjenama Yes Altitude ini sangat membantu guru menyediakan alat bantu mengajar dan pemudahcara dalam kelas.

photo_2017-03-15_16-00-11

Encik Azmi sedang menandatangani surat akuan terima

photo_2017-03-15_15-59-57

Encik Azman gembira kerana telefon ini boleh membuat panggilan secara percuma

Guru Penyelaras Bestari, Puan Noorazlizawatie mengharapkan guru dapat mengoptimumkan penggunaannya untuk pengajaran di dalam kelas. Secara tidak langsung dapat meningkat penggunaan aplikasi Frog VLE. Terima kasih KPM!

#Sumber gambar daripada Tuan Haji Johan