Briged Bestari

Barisan pelajar Briged Bestari bersama pengetua

Pasukan Briged Bestari telah dijenamakan semula mulai tahun 2017.  Briged Bestari bagi Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif.  Dengan demikian, menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan komputer.

Ahli-ahli Briged Bestari yang banyak membantu unit ICT sekolah

Antara objektif penubuhan Briged Bestari:

  • Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam  menggunakan aplikasi di sekolah.
  • Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah.
  • Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam  bidang ICT.
  • Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan Komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.
  • Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi  maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.