YB Tuan Haji Aminolhuda Meriahkan Glorious Tun Habab

Mohd Nazri menerima anugerah Glorious Tun Habab dari YB Tuan Haji Aminolhuda

Majlis Anugerah Kilauan Bestari telah berlangsung pada 21 April 2019 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis yang bertujuan untuk meraikan dan menghargai para pelajar yang telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam seperti PT3, SPM dan STPM. Buat julung kalinya, SMK Tun Habab telah menjemput Exco Negeri Johor iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan yang memegang Portfolio Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi. Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan Haji Fadhil bin Ishak (KPPD Kota Tinggi), Encik Samsudin bin Aripin dan Dato’ Mohd Khir bin Abd. Samad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *