Pameran dan Ceramah Anti Dadah

Cikgu Juriah menyampaikan cenderamata kepada penceramah

11 April 2019 telah berlangsung aktiviti Minggu Anti Dadah iaitu Pameran dan Ceramah Anti Dadah. Ceramah disampaikan oleh Inspektor Mohd Fikri bin Haji Ab. Karim yang merupakan Pegawai Risikan / Operasi Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah Kota Tinggi. Turut diadakan pada hari tersebut ialah aktiviti Explore Race Anti Dadah. Terlebih dahulu, Minggu Anti Dadah telah dirasmikan oleh pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil pada 7 April 2019. Program Minggu Anti dadah ini telah disusun oleh cikgu Nur Lina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *