Belasungkawa : Allahyarhamah Norjidah binti Aminuddin

Pada tanggal 14 Januari 2020, kita telah kehilangan seorang rakan guru yang berdedikasi iaitu Allahyarhamah Norjidah binti Aminuddin. Allahyarhamah Norjidah pernah menjadi warden Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT). 

Beliau yang merupakan orang lama di SMK Tun Habab mengajar mata pelajaran Sejarah terutamanya pelajar Tingkatan 6 aliran kemanusiaan sebelum berpindah ke SMK Tengku Mahmud Iskandar pada tahun 2019. 

Beliau meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar kerana kanser. Semua warga SMK Tun Habab berdoa agar Allah meletakkan rohnya dikalangan orang yang beriman. Moga suami dan keluarga Allahyarhamah Norjidah tabah menghadapi dugaan ini.

One thought on “Belasungkawa : Allahyarhamah Norjidah binti Aminuddin

  • January 27, 2020 at 4:06 pm
    Permalink

    السلام عليكم
    Saya sebagai suami Allahyarhamah amat berterimakasih kpd semua krn sudi mnjd sahabt semasa hidupnya. Warga SMKTH selalu mnjd ingtn semasa hidupnya.
    Ampunkn dosanya, doakn utknya. Ceritakan kebaikannya. Semoga itu mnjd asbab utk kita kesyurga yg dinanti.
    Terima kasih semua. In Sha Allah satu hr nnt saya akn berkunjung jg ke Tun Habab yg disayangnya.
    Terima kasih sekali lg utk warga Tun Habab

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *