Arif Nazim Terima Sumbangan

Pada 3 September 2019, Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid SMK Tun Habab yang diketuai oleh cikgu Hajah Hamaliah binti Ariffin telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar, Muhammad Arif Nazim bin Ma’at. Sumbangan dterima daripada semua pelajar, kakitangan sekolah dan guru adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarganya apabila dapur rumah mereka terbakar.

Arif Nazim merupakan calon SPM SMK Tun Habab telah kehilangan ayah dan ibunya pula sedang menjalani rawatan kanser. Buat sementara ini, Arif Nazim tinggal sementara di Taman Pasak Indah sehingga dapur rumahnya siap dibaiki. Semoga Arif Nazim dan keluarganya tabah menghadapi dugaan.

Keadaan dapur rumah keluarga Arif Nazim selepas kebakaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *