SMK Tun Habab Catat 100 Peratus Lulus SPM 2019

Majlis Graduasi dan Pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah berlangsung  di Dewan Seri Tun Habab pada 6 Mac 2020. Dua orang calon SMK Tun Habab telah dijemput untuk menerima anugerah di peringkat negeri Johor  iaitu Lai Chen Fang bagi Anugerah Pelajar Terbaik 11A+ manakala seorang lagi, Teo Guo En, bagi kategori Calon Berkeperluan Khas Terbaik.

Pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah merumuskan keputusan SPM 2019 tahun ini mencatatkan keputusan 100% lulus dan GPS keseluruhan ialah 3.29.  Seramai 4 orang calon mendapat 11A, 3 orang calon mendapat 10A, 5 orang calon mendapat 9A, 5 orang calon mendapat 8A, 5 orang calon mendapat 7A dan 14 orang calon mendapat 6A. Turut hadir pada majlis ini ialah Encik Mohd Yunos Bin Malek, Pengarah Eksekutif Savana Hill Resort, Johor. Beliau turut dijemput untuk memotong pulut kuning sebagai tanda kesyukuran.

Tahniah diucapkan kepada semua calon dan semua guru yang membimbing calon SPm 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *