Program Klik Dengan Bijak

Program Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh Unit ICT dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan pada 20 Februari 2020 di Dewan Seri Tun Habab. Program yang menyasarkan pelajar tingkatan 1 ini mendapat sokongan penuh daripada Pusat Internet sekitar daerah Kota Tinggi.

Pelbagai aktiviti seperti taklimat Pusat Internet, Klik dengan Bijak dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dijalankan oleh fasilitator-fasilitator dari Pusat Internet yang diketuai oleh Puan Juwaliah binti Ramli. Terima kasih kepada cikgu Fairus binti Abd. Ghani yang memberi sokong pada program ini dan cikgu Norashikin binti ishak yang turut membantu menguru8skan program yang bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang ini. terima kasih kepada barisan fasilitator Pusat Internet yang sentiasa membantu dan memberi bimbingan kepada para pelajar sepanjang program ini. Fasilitator terdiri daripada  saudari Siti Aminah binti Saidai, saudara Mohammad Aziizul bin Abdul Ghani, saudari Nurul Anisah binti Ali, Siti Mazlina binti Sakimin, saudari Nur Azyana binti Mohd Nizam, saudara Mohammad Hafiz bin Hassan, saudari Ezzah Syazwina binti Mohd Rosli saudari Nur Hidayatul Hajar binti Arbain, saudari Norsida binti Madon, saudara Mohd Huzairy bin Mohd Buang, saudari Amira Binti Othman, saudari Noor Azuani binti Mohd Rosli, saudari Nurul Hamizah Binti Hashim, saudari Nurul Azira Binti Baharudin, saudari Umi Kalsom binti Zulkifli, saudari Siti Nazirah binti Mahzal, saudara Md Faizzuddin Bin Md Sakeh, saudari Siti Norsyahidah Binti Hamidon, saudari Fazlina Binti Othman, saudari Norasikin Binti Md Saidak, Muhamad Azizi B Md Salleh, saudari Dalila Wahidah binti Jamaludin dan saudari Nur Farahin Binti Azha.

Pada akhir program, setiap kumpulan mepersembahkan video yang masing-masing dan video terbaik telah dipilih untuk menerima hadiah. Manakala kumpulan yang tidak berjaya, turut menerima saguhati. Hadiah dan saguhati adalah sumbangan Bestari SMk Tun Habab.

#KlikDenganBijak

#FasihDigital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *