Perhimpunan Rasmi

Perhimpunan rasmi pada 8 Mac 2020 telah berlangsung dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Acara diteruskan dengan bacaan doa dan laporan daripada guru bertugas. Seterusnya penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang mewakili sekolah dalam Mahrajan Al Quran peringkat daerah Kota tinggi dan hadiah kepada kelas 3 Al Biruni yang mencatatkan kehadiran 100 peratus pada bulan Februari. Akhir sekali ucapan daripada cikgu Hamaliah binti Ariffin berkaitan dengan disiplin pelajar dan Mesyuarat PIBG yang bakal berlangsung pada 12 Mac 2020.

Tahniah kepada kelas 3 Al Biruni dan guru tingkatannya, cikgu Aduni! Semoga dapat mengekalkan kehadiran ini sehingga hujung tahun persekolahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *