Majlis Akujanji PT3, SPM dan STPM

Wakil ibubapa/penjaga melafazkan akujanji

Pada 21 April 2019 telah berlangsung Majlis Akujanji PT3, SPM dan STPM secara serentak Majlis Anugerah Kilauan Bestari 2019. Semua calon yang menghadapi peperiksaan awam hadir pada Majlis Akujanji PT3, SPM dan STPM ini dengan disertai dengan ibubapa/penjaga masing-masing. Pada majlis berkenaan, pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah membentangkan keputusan PT3, SPM 2018 dan sasaran bagi tahun 2019. Manakala Penolong Kanan Tingkatan 6, cikgu Husna binti Abd. Hadi pula membentangkan audit akademik STPM 2018 dan sasaran bagi STPM 2019. Majlis diteruskan dengan akujanji guru-guru, para ibubapa/penjaga dan calon-calon peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2019. Semoga Glorious Tun Habab dapat mencapai keputusan yang cemerlang bagi tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *