Glorious Estrella Kena ‘Prank’

Pada 25 Julai 2019 menjadi sebuah memori indah kepada sekumupulan pelajar yang menggelarkan diri mereka Glorious Estrella. Estrella dalam bahasa Sepanyol brmaksud bintang ini betul-betul ‘bintang’ apabila mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan akhir reka cipta All About You (AAY) 2019 peringkat kebangsaan yang bertemakan “Mengurangkan Pelepasan Karbon Demi Masa Depan Yang Lebih Baik” pada 6 Ogos ini di Melaka International Trade Centre.

Projek yang diketuai oleh Muhammad Amir Hariz Mashuri,16, berharap agar reka cipta mereka dapat dipatenkan pada masa hadapan. Selain itu, dia berhasrat agar sebuah studio inovasi dapat diadakan di sekolahnya jika sekolah itu terpilih menjadi pemenang AAY 2019 peringkat kebangsaan Selasa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *