Forum dan Drama Komsas di Tempat Ketiga

SMK Tun Habab telah mewakili daerah Kota Tinggi dalam Pertandingan Forum dan Drama Komsas peringkat negeri Johor yang berlangsung di SMK Laksamana dan SMK Tun Habab pada 10 Julai 2019. Pasukan Glorious Tun Habab telah mendapat tempat ketiga bagi pertandingan Forum dan berjaya memenangi hadiah panel terbaik. Manakala pasukan drama daripada produksi Matahariku SMK Tun Habab juga berjaya menduduki tempat ketiga dengan drama yang bertajuk Mahkamah. Tahniah kepada semua guru pembimbing dan peserta yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *