Aiman Harumkan Nama Negara

Pada 9 hingga 16 Ogos 2019, Mohd Aiman bin Musa bersama pasukan Malaysia selesai menyahut cabaran pertandingan Asia Pasific German Language Olympics 2019 yang berlangsung di Bogor, Indonesia. Salah seorang pelajar Malaysia telah mendapat tempat pertama bagi kategori A1 (beginner) dan akan mendapat tajaan penuh bagi menghadiri kursus bahasa di Jerman. Pelajar Malaysia juga berjaya memenangi beberapa anugerah lain.

Kejayaan buat kita apabila Aiman telah terpilih sebagai Preisträger für hohes Engagement, di mana pemenang dinilai berdasarkan semangat kerjasama, inisiatif kendiri dan menepati masa. Syabas buat Aiman yang telah mengharumkan nama Malaysia dan sekolah.

Tahniah kepada guru pembimbing, cikgu Farhana Nabilah dan Aiman kerana telah membawa nama sekolah dan negara Mlaysia ke persada antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *