Tawaran Pendaftaran Tingkatan 6 Sesi 2019/2020


TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI TINGKATAN 6. Pendaftaran Tingkatan 6 akan berlangsung pada 2 Mei 2019 (Khamis) jam 9.00 pagi di Dewan Seri Tun Habab. Sila bawa bersama yuran pendaftaran sebanyak RM110.00. Pelajar yang mendaftar perlu memakai pakaian yang kemas dan sopan iaitu Smart Casual dan berkasut. JANGAN LUPA, sila bawa bersama dokumen yang diperlukan
(asal dan salinan yang disahkan):

  • Surat Tawaran
  • Keputusan SPM 2018
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil berhenti sekolah

RAYUAN KE TINGKATAN 6 KERANA TOLAK TAWARAN MATRIKULASI. Sila bawa dokumen, bayaran yuran dan hadir pada tarikh serta masa yang sama.
Tindakan tambahan :

  • Sila screenshot dan cetak keputusan tawaran matrikulasi.
  • Dapatkan borang Rayuan(T6BRU) daripada Penolong Kanan Tingkatan 6.

Program Orientasi Tingkatan 6 akan bermula sejurus sahaja pemdaftaran 6 dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *