Nazri Diumum Yang DiPertua MPPT6

Saudara Muhammad Nazri bin Azmi telah diumumkan sebagai presiden Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) untuk sesi 2019/2020 pada 28 Ogos 2019 pukul 1.40 tengah hari. Pengumuman telah dibuat oleh cikgu Zakaria bin Abd. Jalil di Dewan Seri Tun Habab dengan dihadiri oleh barisan pentadbir, semua guru dan pelajar tingkatan 6. Turut diumumkan ialah beberapa jawatan penting yang lain dalam MPPT6.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang menang dan semoga dapat merealisasikan mandat yang telah diberikan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6

Yang Dipertua : Muhammad Nazri bin Azmi

Naib Yang Dipertua 1 : Rahmat Hakimi bin Salim

Naib Yang Dipertua 2 : Nur Izzah Aqilah binti Zaini

Setiausaha : Nur Azwa Izzati binti Norizan

Naib Setiausaha : Norsuzie Izzati binti Mohd Nazari

Bendahari : Muhammad Adam Syakirin bin Sairi

Naib Bendahari : Mohammad Afiq bin Roszani

Juru Audit 1 : Tio Guo Yong

Juru Audit 2 : Lek Zi Lin

Gabungan MPPT6 SMK Tun Habab : lama dan baru
Selamat menjalankan tugas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *