Audit Akademik Semester 2 STPM 2019

Audit akademik semester 2 STPM 2019 telah diadakan pada 25 Ogos 2019 di Dewan Tun Sri Lanang. Audit akademik kali ini telah dibentangkan oleh cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab. Beliau telah menerangkan analisis bagi setiap mata pelajaran dan setiap calon STPM 2019.

Keseluruhannya terdapat peningkatan PNGK daripada 2.61 pada tahun 2018 kepada 2.75 pada tahun ini dengan kelulusan 100%. Tahniah kepada semua guru dan pelajar. Pelbagai program kecemerlangan diteruskan untuk meningkat prestasi akademik agar MISI 321 tercapai.

Tuan pengetua menyampaikan audit akademik selama 3 jam tanpa henti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *