3 Calon SMK Tun Habab Mendapat PNGK 4.00

Pada 25 Februari 2020 telah berlangsung Majlis Graduasi dan Pengumuman STPM 2019 di Dewan Seri Tun Habab. Tahniah kepada guru dan 57 calon STPM 2019 kerana telah mencapai sasaran melebihi 3.21 iaitu pencapaian 3.23.  Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) SMK Tun Habab ini adalah yang terbaik bermula sistem penggal ini diperkenalkan.

Turut mencapai sasaran ialah jumlah pelajar cemerlang iaitu seramai 3 orang calon yang mendapat PNGK 4.00. Nur Solehah Ilyana binti M. Yusop, Nurin Izayu binti Musa dan Pang Yun Ning berjaya mencapai mata penuh seperti yang disasarkan oleh pihak sekolah. 

Pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah merumuskan keputusan STPM 2019 dan gembira dengan pencapian ini. Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan Haji Azali bin Atan (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi) yang sudi menyampaikan slip keputusan STPM 2019 dan sejambak bunga coklat kepada semua calon dengan diiringi oleh cikgu Zakaria, cikgu Mohd Radzi bin Ismail (PK Pentadbiran), cikgu Husna binti Abd. Hadi (PK Tingkatan 6), cikgu Hajah Hamaliah binti Ariffin (PK Hal Ehwal Murid), cikgu Fairus binti Abd. Ghani (PK Petang) dan barisan Ketua Bidang Mata Pelajaran yang terdiri daripada cikgu Linda binti Minhat, cikgu Hajah Fadzilah binti Mohd Ali dan cikgu Hajah Hasimah binti Munajat.

Majlis diakhiri dengan dengan memotong kek pulut kuning (disumbnagkan oleh guru-guru tingkatan 6) bersama-sama dengan 3 orang calon cemerlang SMK Tun Habab.

#misi321tercapai

#misi333stpm2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *