SMK Tun Habab Tuai Pingat


Kashwinii meneruskan pungutan pingat emas kepada kontinjen SMK Tun Habab pada hari kedua Kejohanan Olahraga MSSD Kota Tinggi bagi acara larian 1500m Perempuan 14 Tahun. Turut sama menyumbangkan pingat pada pagi ini ialah Nurfariza dan Batrisyia bagi acara lompat tinggi dan 1500m. Kashwini sekali lagi menyumbangkan emas buat kontinjen Glorious Tun Habab dalam acara 800m. Harris Huzairi telah mengutip pingat emas dengan mencatat ketinggian 1.54m sekaligus memecahkan rekod lompat tinggi MSSD Kota Tinggi bagi L14 Tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *